Jumaat, 30 Julai 2010

im chocolate maniac!

im chocolate maniac?

yes. definitely!

ak memang gile coklat.
tak tahula dapat dari siapa perangai nih.
mama kot, sebab mama pun suka makan coklat.
kita sama lah mama. :)
abah pulak, tiap-tiap minggu bawa balik coklat kat rumah.
manala ak tak gila.
bole dikatakan setiap minggu, ak akan pergi merompak coklat-coklat.
selalunya dekat petronas BBS.
kawan-kawan selalu tanya,

amigo:  tak takut gemuk ka qila?

senorita: dak eh, dok takut pong. kalaw lemak ak bertambah,
              ak hulur la kat thira, adek terchenta, haha.

tadela, ak ta jawab camtu, selalunya ak jawab ak ta kesah.
lagipun sape kate coklat tuh menggemukkan?
kaw eh?
sahla tak baca buku.
para saintis da mengesahkan yang coklat tak menggemukkan malah menyihatkan.
tak percaya?
meh sini ak tunjukkan fakta yang ak selongkar kat google.


Fakta 1: Coklat tidak menyebabkan jerawat.

Antara kepercayaan karut paling umum ialah coklat menyebabkan jerawat, terutama di kalangan remaja. Ini sama sekali tidak benar. Maklumat sekian lama jelas membuktikan bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat. Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat, tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat. Perubahan hormon ketika baligh, ditambah pengambilan makanan kurang zinc dan banyak iodin, punca utama. Jerawat biasanya tumbuh apabila seseorang mencapai usia remaja. Pertambahan hormon menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum, yang mengalir ke permukaan kulit secara semula jadi. Jika pengalirannya tersekat, sebum terkumpul lalu membentuk jerawat. Ensiklopedia Dermatologi menjelaskan dengan tepat bahawa pemakanan tiada kena-mengena dalam pengurusan jerawat. Jadi, remaja tidak perlu menahan diri daripada memakan coklat kegemaraan mereka.




Fakta 2: Coklat tidak menggemukkan

Isu sebenarnya, apabila kita makan berlebihan. Perangkaan terbaru dari seluruh dunia menunjukkan, bilangan orang gemuk kian ramai. Makan sederhana, termasuk coklat, diiringi senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat badan sihat. Yang penting, tahap kecergasan, bukan hanya kehilangan berat badan. Doktor dan pakar pemakanan, orang terbaik menasihat mengenai pengurusan berat badan. Bagaimanapun, petua termudah ialah makan secara sederhana. Sebenarnya, tiada sesuatu makanan tertentu yang boleh menggemukkan. Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang ialah jumlah dimakan. Sebagai peringatan, Persatuan Pemakanan Amerika menasihatkan:"…coklat boleh dimakan secara sederhana."





Fakta 3: Penghidap diabetes boleh makan coklat

Dalam tempoh 20 tahun lalu, pelbagai perubahan besar dalam nasihat pemakanan diberikan kepada penghidap diabetes. Persatuan Diabetes Britain, Persatuan Dietitik Amerika dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan bergula, dalam jumalh terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak, boleh diterima. Produk khusus untuk pesakit diabetes tidak menawarkan sebarang kelebihan kepada mereka dibandingkan dengan makanan biasa. Justeru, penghidap diabetes boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasihat pakar pemakanan.



Fakta 4: Coklat tidak sebabkan karies gigi

Apabila anda mengalami sakit gigi yang teruk dan sedang menunggu berjumpa doktor gigi, coklat perkara terakhir bermain dalam fikiran. Namun jangan terburu-buru membuat kesimpulan, fikir dahulu faktanya. Kerosakan gigi disebabkan pelbagai faktor dan hakisan enamel pada gigi adalah proses dinamik. Asid yang terhasil daripada pecahan karbohidrat makanan di dalam mulut menyebabkan hakisan ini. Amalan menjaga kebersihan mulut dan pemflouridan air terbukti dapat mengurangkan karies di sesetengah negara, walaupun pengambilan gula tetap sama atau meningkat. Satu lagi berita baik, tanin pada koko mungkin membantu mencegah karies dengan mengurangkan pertumbuhan plak, manakala asid oksalik dalam coklat dikatakan dapat mengurangkan pengeluaran asid. Kini anda boleh terus makan coklat dan senyum tanpa segan silu. Tetapi jangan lupa berus gigi.



Fakta 5: Coklat tidak sebabkan sakit jantung

Dalam kes sakit jantung, coklat juga sering dipersalahkan. Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya. Sebaliknya, coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolesterol darah. Untuk menjaga kesihatan, kita patut mengamalkan pengambilan makanan mengandungi banyak serat dan karbohidrat kompleks, tetapi kurang lemak dan gula. Kita juga perlu sentiasa bersenam. Pengambilan sedikit coklat sebagai sebahagian diet seimbang tidak akan menimbulkan masalah kepada jantung.





Fakta 6: Coklat kuatkan tenaga batin?

Walaupun belum ada makanan terbukti dapat meningkatkan tenaga batin, coklat berupaya mencetuskan reaksi positif kepada tindakan kimia otak dan diketahui dapat memperbaiki mood seseorang. Aroma, rasa dan kelazatan coklat memberi nikmat sukar digambarkan. Nikmat dirasai apabila makan coklat disebabkan pengeluaran pelali semula jadi yang diketahui dapat mengurangkan kesakitan dan meningkatkan mood serta nikmat dirasai. Hakikatnya, jumlah pelali itu tidak mencukupi untuk menghasilkan kesan sedemikian. Sebaliknya besar kemungkinan gabungan rasa, kandungan khasiat dan ramuan psikoaktif coklat yang menjadi penyebab. Glenn Cardwell merumuskan: "Makan coklat antara nikmat sebenar kehidupan." Ini bermakna, coklat hadiah yang sempurna. Tidak dinafikan, kesihatan menjadi keutamaan hampir semua orang. Jika dimakan secara sederhana, walaupun setiap hari, coklat tidak memudaratkan. Jadi, janganlah bimbang hendak menikmati coklat, kerana ia antara anugerah kehidupan paling enak.



haa.
skarang da percaya?
ta nak  percaya sudahla, aqila tak kesah. :)

Jumaat, 23 Julai 2010

bedah bedah katak!

da lama ak tunggu saat nih.
sejak kecil lagi.
akhinya tercapai jugak.

tepat pukul 10.10 pagi.
impian ak telah pun tercapai.
iaitu untuk bedah katak.
waa..
memang tersangat tak sabar.
setelah pelbagai dugaan dalam mencari katak berjaya ditempuhi,
lebih tepat lagi,
bile dapat jumpa katak dekat kedai cina tepi kedai makan cina SIN KEE kat sri gombak.


ak dan kumpulan ak pun melangkah masuk dengan dada yang berdebar
ke dalam makmal biology.
sir sukri, seperi biasa menunggu kitorang yang berjalan macam
perempuan melayu terakhir (lambat) dengan riak wajah yang biasa.
(eceh.. ayat ta boleh blah)
ak dan ahli kumpulan ak iaitu SURIKA, ANATI, SAIDATUL, EIFA,dan NABILA
pun letaklah segala barang keperluan dekat atas meja,
then kitorang pun tengokla video pembedahan katak sementara
tunggu katak yang nak dibedah tu pengsan dalam bekas berisi chlorofom.

lepas tu,
kitorang pun baringkan dia atas papan yang disediakan oleh pembantu makmal.
mula-mula kena potong lapisan luar katak (kulit) dulu.
dimulakan oleh surika, sebabnya yang lain sume geli dan takut.
dan ak sibuk menjadi photographer, seperti biasa. : )
seterusnya, kitorang potong lapisan kedua.
lepas potong tu. nampakla segala organ-organ katak tu.
boleh nampak jantung tu berdenyut.
paru-paru mengembang.
haa.. best kot.
nampak real je.
masing-masing diberi peluang untuk memegang organ dan mengeluarkannya.
ak terpilih untuk keluarkan organ terpenting,
iaitu jantung dan paru-paru.
boleh rasa jantung tuh berdenyut kat jari ak yang comel nih tau. haa..!
walaupun bau dia agak hanyir.
tapi masing-masing da lupa sebab teruja nak keluarkan semua organ-organ dia.
tapi semua tak habis-habis minta maaf kat katak tuh. hahaha. : )
da habis semua organ dia kitorang keluarkan,
masing-masing posing dengan katak tercinta,
yela, bila lagilah dapat bedah katak macam nih.
bak kata orang sekeliling ak,
sekali seumur hidup je qila oii.
hahaha.

kat bawah ni antara gambar-gambar sekali seumur hidup tuh. : )

sebelum pembedahan. : p

waa.. geli kot!

eh! tu jantung dia kan? kata anati.

pakar pembedahan sedang bertungkus lumus menyelamatkan katak tesebut. hahaha. : )

i've kill him.

kumpulan semangat katak! : )

kitorang baru je lepas bunuh dia. : )

saya da tak geli dengan katak! : )

khalisa, suhaira, nadia.
mereka kumpulan lain.

the guys in our biology's class.


sebenarnye banyak lagi gambar.
tapi kalau nak upload,
sampai besok pun ta habis. (ye ye je)
haa.
impian ak da tercapai.
best, best, bestnya!

itu saja.
bye bye!
: )

cari katak!

aduhh.
bukan main susah lagi dugaan nak cari katak.

kedai ni tutupla.
kedai tu tak jual la.
tak de pulak kat tempat tu pulak.
kena marah ngan pengawal lagi.

haish. -_-'

malang-malang.

ni gambar cari katak kat empangan.
sempatla jugak snap.
walaupun masa tuh tengah sibuk cari katak.










okee.
itu saja.
bye bye!


liga sofbol.

the game begin.

ta best mane pun.
sebabnye.
pembahagiaan kumpulan tersangatla tidak adil.

ade kumpulan tuh,
ahli dia gempak-gempak.
ade kumpulan tuh pulak,
banyak yang tak mahir dengan budak baru.

 apela.

nak  main pun tak semangat.
tahun ni tak happening lansung liga sofbol.
ta macam tahun lepas,
best je.

ade qudin, abang zul, athuf (bibir), jenglot, abang pejol,
ramai lagi la.

kann best kalau dapat kembali pada masa lalu.
hishh..
apela ak merepek nih.
: )

oh ya!
kat bawah ni ada gambar ak dengan akak nadhirah.
kitorang tangkap lepas habis liga sofbol.



saje je upload.
: )

kedekut kedekut!

kedekut!

tu jela ak nak cakap kat dia.
ak tak fahamla.
susah sangat ke nak share ilmu tuh. hee. geram pulak.
kita satu kumpulan.
buatla cara satu kumpulan.
ni tidak, kaw dengan kepala kaw jew.
blah la.
malas ak nak layang kaw.
lain kali kalaw nak ikut kepala sendiri,
buat sendiri, jangan nak kumpulan ngan kitorang da.
kitorang pun tak mati la kalaw tade kaw.

sawah at tok wan's house.

3 julai tuh. kitorang balek kampung.
abang muzani merangkap abang sepupu ak kawen.
mase lepas kenduri tuh.
ak dan adek-adek ku yang gile-gile tuh,
telah membelahkan diri ke sawah depan rumah tok wan.
dengan alasan nak jalan-jalan jap.
padahal malas nak basuh pinggan. hahhaha.

disebabkan sawah tu  terlampau menarik hati.
ak dengan adek-adekku pun berposingla ta ingat dunia. : )

inilah pose gile-gile kitorang.
























 



 



biasala kitorang.
gila-gila.
: )

sedap!

kalaw korang nak terasa nak makan mee udang yang sedap,
meh ak rekomenkan satu tempat. agak sedap lah.
kalaw selalu selak mee ade udang, kat sini selak udang ada mee, haha.

salah satu buktinya adalah ini.


mama ak tersangatla susah nak habiskan makanan.
disebabkan mee tu sedap sangat kot.
sampai licin satu pinggan tuh mama habiskan.

ini gambar sebelum mee tersebut dibedal.



 







 
 
 
 
 
haa. amacam, terliur tak.
macam sedap kann?
 
kat sinilah tempat dia.
nak lagi tepat,
kampung teluk, sungai dua, butterworth.
agak-agak la.
kalaw ak minta duit sebab promote kedai nih,
tauke tu bagi takk??
hahaha. gile duit ak nih. :)
 
 
 

Rabu, 14 Julai 2010

Ice Blended!

time panas tengahari. terdengar pulak perkataan ice blended. agak-agak la. terliur ke tak korang?

kawan-kawan ak sekarang ni gile ice blended. tiap-tiap hari kot diorang pegi beli kat simpang jalan masjid nakhoda tuh. kalaw bole, sume perisa diorang nak cuba. tapi memang sedap pun. :)

-_-'. malam-malam ni. bile cerita pasal ice blended. teringin pulak. mana la ak nak cari ice blended memalam bute nih. aduhh. mengidam pulak.



yummy!

Selasa, 13 Julai 2010

pengawas!

 tajuk ini adalah umum.

yeah, ak tahu. kalau kita buka laman sesawang atau yang lebih tepat lagi facebook atau myspace sekarang nih. mesti jumpa punya lah pages-pages yang membenci pengawas. saban hari ak fikir. betul ke pengawas ni memang TAK DISUKAI ramai. dan kenapa begitu ramai yang anti-pengawas. ye! ak adalah seorang pengawas. dan ak betul-betul tak faham apa sebenarnye salah pengawas? setiap hari kitorang dikutuk dan dicaci. sampai ak sendiri da rasa hilang sabar dan macam nak lempang je orang yang mengutuk pengawas. ye. ak tahu tak semua pengawas tu baek. tapi perlu ke sorang pengawas buat salah. satu badan pengawas tu disalahkan. banyak kali ak dengar dan malahan da lali pun dengar mulut-mulut yang kata pengawas ni GILA KUASA, perasan bagus, fikir pengawas ni baek sangat ke.

ak sendiri ada kawan yang memang tak suka pengawas. kadang-kadang tuh, diorang selalu kutuk pengawas. dan selaluya depan ak. okee, kalau itu memang salah pengawas. then korang kutuk, ak tak kesah dan tak marah. tapi kadang-kadang tuh, tak masuk akal. korang marah pengawas sebab rampas handphone korang, well. masing-masing da maklum, memang handphone dilarang bawa ke sekolah. jadi logikla kitorang rampas. lagi, korang marah bila pengawas suruh korang masuk kelas sebab da habis rehat. hello! tak faham bahasa ke? loceng da berbunyi. kalau tak nak belajar, jangan datang sekolah la. (maaf, ak amat terasa dan terpaksa luahkan camni). lagi, korang marah kalau kitorang tegur korang bila bising. eh, kak! sekarang ni kan ada majlis rasmi (perhimpunan mingguan), tak kan tak faham lagi kot. senyaplah sikit, kot ye pun nak berborak, tak payahlah macam nak bagitau semua orang. -_-'. lagi, korang cakap kitorang ni gila kuasa. maafla. kitorang ta penah terfikir macam tuh. ape yang ak tahu, aku jadi pegawas nih sebab nak tolong cikgu. lagi satu, jadi pengawas nih ajar ak supaya lebih berdisiplin dan berfikiran lebih terbuka dan matang.

tadi, ak ada buka laman facebook. asalnya nak update wall. tapi tiba-tiba ada satu gambar ni dimana kawan ak tag ak. gambar tu ada tulisan yang besar dan ia tertulis 'BELIA BENCI PENGAWAS'. kat situ ada beberapa komen diantara ketua pengawas skolah ak dengan seorang pelajar. kat sini ak letak sikit perbualan diorang.

Miss F : haha..ak juge membenci pgawas.. mawas adelhh..haha.

KP : bgus la..pastu keje pngws smue bg kat prs..bia dowg ase..cmne nk handle bdk.

Miss F : haha..mara btl ketua pgws kte nie ;)

KP : mrh la nk mempertikaikn pngws..ape ingt sng ke jd pngws?

Miss F : haha..sng je ;) ak jeh tana.

KP : sng?klo benda sng asl x jd pngws spe yg ckp kat ats nie? penakot?

Miss F : sbb pgws lgi trok dri murid bese..ello n excuse sy ta pnkt uke.. ;)

KP : jd asl x jd n x ase sndri cmne pnt jd pngws? n blaja ape erti tnggungjwb ?

Miss F : haha..ta smstinye jd pgws bole jd org yg btggjwb rite?ade mcm2 cre lgi kot..n ta semua pgws 2 yg btggjwb..so,lu pkir lhh sndri ;)

KP : ‎2 urusan die dgr Allah..jgn pnh judge owg juz becoz certain owg laen yg wat sla.mang x dinafi ade yg trok.klo organisasi pngws x de pnh pkr ape blaku kat skola?

Miss F : haha..eh,ak ta judge spe2 kott.. ilek lhh kaw emo lbh plkk apesal? gurau pn ta bule ka...lau btl ak bnci pgws ak ta kwn lhh ngn pgws..aiyakk..ta pnh tepkir n ta na pkir pn..okelhh pgws d bezz.. die amt pntg dlm skula..die lhh plg bgss..huh?puas ati?

KP : aq x ckp pngws bgus..tp panas bler ade mempersoalkn.byg la klo jd ketua ade owg mempersoalkn.mrh?uish teremo lak..-_-''


da habis baca? ak nak tanya. nampak tak jurang antara pengawas dan pelajar. korang sendiri da baca. ada pelajar kata, pengawas tu lebih teruk dari pelajar biasa. ada juga kata yang tugas pengawas ni senang je. buktikan! cuba satu hari nanti korang di tempat kitorang. baru korang tahu susah senangnye tugas pengawas. masa tuh ak nak tengok. korang boleh handle ke tak. bukan nak kata kitorang ni bagus. tak! cuma hormat lah kitorang. kitorang tak suruh korang sanjung kitorang. cukupla sekadar patuh dengan arahan pengawas.


P/S: maaf la jika ada yag terasa dengan post kali nih. bukannye ak nak menghentam sesiapa, tak! ak cuma nak luahkan ketidakpuashatian ak kat sini. harap maaf.

kepada Miss F, maafla ak gunakan perbualan dan nama kaw. tak bermaksud nak kutuk kaw atau marah kaw. cuma ak nak tunjuk betapa rendahnya diri seorang pengawas tu di dalam kalangan pelajar di dalam sekolah kita.