Jumaat, 3 September 2010

kuih aliff


hei,
akhirnya.
tiba juga hari yang dirancang.
memang gile lah tadi.
kesian kat aliff.
dahla kena baling telur.
disimbah pulak dengan air sabun.
campur pulak dengan tebaran tepung.
dah rupa cekatak dah.
bukan cekodok lagi.
muahhahaha.


walaupun aku hanya di balik tabir.
merakamkan segala peristiwa penting ni.
ada je insan yang yang tak pernah redha dengan kebersihan aku.
jahat punya fitri.
kau tengoklah raya nanti.
aku bagi kau makan kuih tepung je.
suka sangat ye dengan tepung,
dengan aku-aku sekali kau calit eh.
erham pun sama.
saat-saat terakhir aku kat sekolah tu.
*atas motor.
sempat lagi kau calit tepung kat kepala aku.
eloklah tu.
join fitri.
biar tercekik tepung korang raya nanti.
muahhhaha.

oke,
gurau je.
aku taklah sejahat itu.
nasib baiklah hari tu hari terakhir sekolah.











amacam.
terukk tak?
inilah tradisi kawan-kawan aku.
masa birthday orang,
masing-masing merajinkan diri membuat cekodok.
bagus sungguh.
kann korang??


apapun.
happy birthday!
buat muhammad aliff iskandar naini.
semoga panjang umur,
dan dimurahkan rezeki.



*sebelum diuli menjadi cekatak.
bahagia je rupa beliau,
kann?


( :

hari terakhir


03092010.

wee.
hari yang disukai semua pelajar sekolah.
*termasuklah aku.
school holiday!
suka-suka.
siapa yang tak suka??
tolonglah lempang sikit sesiapa yang tak suka cuti sekolah tu.
teramatlah tidak logik.

aku suka gila tahu.

oke.
we proceed.
pagi tadi lepas sahur aku baru dapat massage dari shida.
dia cakap yang rumah alif dari 4 ekonomi terbakar.
satu keluarga tinggal sehelai sepinggang.
kesian tahu.
dahla nak dekat raya dah.
muhammad noor alif,
banyak kan bersabar,
ada hikmah di sebalik ape yang berlaku.
okee?


aku sampai kat sekolah lambat tadi.
sampai je terus baca yassin.


tade apa pun.
cuma tadi ada derma kilat untuk alif sekeluarga.
lepas tu.
masa pendidikan islam.
tukar angin.
ustazah ajak belajar kat surau.
budak lelaki solat dhuha.
budak perempuan hafal azan dan iqamat.
habis je semua tuh.
macam biasa.
lepak, gosip, gelak.
perkara biasa yang dibuat walaupun masa bulan puasa.
*gosip oke, bukan mengumpat.







habis je waktu agama.
semua naik kelas.
masa bahasa melayu pulak.
my favourite subject.
tak belajar pun.
cikgu wan kata dia malas nak mengajar.
ehh,
kitorang 10x malas nak belajar cikgu.
jadi,
kitorang pun bincangla pasal baju kelas.
wee.
hari ni da boleh ambil baju tuh.
bising-bising,
borak-borak.
ape je yang kitorang mampu buat,
selain daripada dua benda di atas ni.






goshh!
da habis rehat.
time for biology.
ala.
malas-malas.
belajar je,
sir sukri.
hari ni kan hari terahir sekolah.
marilah kita berbicara tentang raya.
bukannya pasal ,
'classification of organism by linnaeus Binomial System'
apa itu,
saya tak fahamlah sir.
seriously,
saya fikir raya je sekarang nih.
muahhaaha.







last period.
mathematics
huaahh.
malas tahap ape pun aku tak tahu nak terjemahkan.
dushh!
cikgu suruh buat kuiz pulak.
cikgu,
saya mohon ampun maaf,
saya tak buat pun kuiz tadi.
borak saja dengan kawan-kawan.




kringggg!
goshh.
finally.
da boleh balik.
wee.
suka-suka.
berakhirlah hari yang ditunggu ni.
selamat bercuti semua.


oke.
itu saja.
i've to go.
totally sleepy.
bye bye.


*hei, uncle iki.
im missin' you,
tahu?

blogwalking


saban minggu,
walaupun penat.
aku akan tetap menghadap post-post dari blog ini.



seriously,
suka post-post dia.
especially 'bout food and shoes.
wee.
semuanya comel-comel.


do come read and enjoy.
please.
( :

Khamis, 2 September 2010

english oral


semalam,
aku dengan ahli kumpulan aku iaitu,

aliff iskandar sebagai hare.



nabila syuhada sebagai little red riding hood.



shahadri radzi sebagai wolf.



surika suwandi sebagai fairy godmother.



erham ahmad sebagai tortoise.




nurul aqila sebagai narrator.




telah mempersembahkan sebuah drama.

sebenarnya,
aku sendiri tidak tahu apa tajuk drama yang kitorang lakonkan.
apa yang aku tahu,
persembahkan sesuatu dalam bahasa inggeris,
dalam masa 15 minit,
kitorang akan dapat markah.

sepanjang persembahan tersebut,
kitorang langsung tak serius,
banyak gelak je.

seriously,
aku rasa drama kitorang tu teruk,
tapi,
sir zainul kata,
'it is kinda interesting,
but some voice are soft and i can't hear it clearly,
th setting a little bit disorderly,
but it is just okay'.
wee.
takdela teruk sangat kan korang?


seriously,
im totally blank right now.
tak tahu nak tulis ape lagi.
ini jela untuk hari ini.


oke,
bye bye.
( :


bazar ramadan.


hari selasa yang lepas,
aku dengan keluarga aku pergi bazar ramadan dekat sri gombak.
boleh tahanla.
agak banyak makanan yang ada kat situ.
kecur jugak air liur bila lalu-lalu kat situ,
semuanya sedap-sedap.
kalaula di ikutkan nafsu,
semua nak beli.
tapi kalau di ikutkan duit yang ada dalam poket ni,
beli yang mana perlu sajala jawabnye.
oke la.
malas nak membebel banyak-banyak.
sampai sini je.

kat bawah ni antara sketsa yang sempat aku tangkap kat bazar tu.
( :





















*wee
sedapnya.
( :


Isnin, 30 Ogos 2010

merdeka!


wee.
merdeka!

semalam punya semalam,
aku ada tengok cerita,




1957: hati malaya







bestla jugak.
sebab dulu masa tingkatan 3 atau 2.
*tak ingat bila.
belajar dan baca buku je kann?
kali ni dapat tengok visual punya.
aku dapat tengok macam mana,
dato' onn jaafar cuba satukan orang melayu dengan bangsa lain.
apa jadi bila tunku abdul rahman takde duit nak pergi london.
dan apa yang berlaku dalam kalangan orang melayu,
dalam menuntut kemerdekaan.
agak seronoklah.
*tapi abah asyik kacau je.
tak habis-habis dengan bola dia -_-


cikgu huda!
saya suka sejarah.
*apahal lah aqila ni.
tiba-tiba je.
ni mesti sebab tak sahur pagi tadi.
( :


sempena 31 ogos 2010 yang happening ni.
aku nak ucapkan,
selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 53.


oke.
itu saja.
bye bye.
*tak tahu nak tulis apa lagi.


posted patrioticly by,
the bloggie.

Sabtu, 28 Ogos 2010

shopping!


siapa kat sini suka shopping?
put your hands up!
wee.
aku tengah angkat tangan.
(:


wahh.
aku suka shopping.
lebih-lebih lagi masa musim raya.
banyak sale tahu.
boleh gila dibuatnye.


semalam aku pergi shopping kasut raya.
aku dah jumpa kasut yang comel
and totally goergeous.
wee.
abah dan mama.
terima kasih sesangat bagi kak long beli kasut tuh.
walaupun agak mahal sikit kann?
tapi mama bagi je.
wee.
mmuaahhhh.
heart you both.




isn't that gorgeous?



akhirnya,
da pukul 6.00 petang.
kitorang pun balik lah.
suddenly.
jam!
grrr,
dah la nak dekat waktu berbuka nih.
*tengok jam (6.40)
OMG!
adek-adek aku semua dah memekak dah.
lapar lapar lapar!
disebabkan dah lambat,
dan sure punya takkan sempat sampai kat rumah.
mama pun booking lah tempat kat aman seafood.


sampai je kat sane.
goshh!
pms.
gile sakitla.
*kantoi.


nak makan pun tak selera,
*tapi habis jugak nasi goreng kampung tu.


oke la.
sampai sini je aku merepek hari ni.
that pms comin' again.
arghh.
-_-


kat bawah ni antara sketsa buka puasa semalam.



















*gambar terakhir ini buktinya sakitnya pms kali nih.


hardly posted by,
bloggie.

Jumaat, 27 Ogos 2010

salleh groger samsa?


di pagi sabtu yang membosankan ni,
aku telah merajinkan diri aku,
membaca blog-blog yang menyemak dekat favourites tab aku.
suddenly.
aku terjumpa satu post ni dekat bloggie http://faratenlagon.blogspot.com/.
wahh.
agakk menyirap la juga bila aku baca.
post tu bertajuk,
'salleh gregor samsa.
orang islam pertama fofular sebagai anjing.'


siapa salleh groger samsa?
kenapa dia digelar orang islam pertama fofular sebagai anjing?
okee,
the story begin.


semuanya bermula apabila
salleh gregor samsa menulis status di facebook
'kepada yang berpuasa, f**k it off!!'
kemudiannya di komen oleh rakan-rakannya.


untuk lebih jelas sila lihat gambar di bawah.




oke.
semua da baca.
amacam, panas tak dengan kenyataan dia?
ada jugak kan orang yang macam ni.
tak reti bersyukur langsung dilahirkan sebagai islam.


untuk makluman semua,
mengikut sumber blog http://www.arealcelebrity.com/ yang aku baca.
salleh ni ada mempunyai dua buah blog.
tapi malangnya telah diprivatekan.
tapi menurut sumber yang boleh dipercayai.
aku berjaya membuka blog tersebut.
sesiapa yang teringin nak melawat.
sila tekan link dibawah.

http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:hJT4aHPfYRsJ:bintangkertas.blogspot.com/2009_07_01_archive.html+/search%3Fhl%3Den%26rlz%3D1G1GGLQ_ENUK362%26q%3D%2Bsite:bintangkertas.blogspot.com%2Bbintang%2Bkertas&cd=4&hl=en&ct=clnk


cerita panjang pun takde gunanya.
nak komen pun,
aku sendiri pun masih lagi budak-budak.
tak berapa pandai tentang agama.
tapi aku masih tahu baik, buruk, haram sesuatu benda.
tapi nak buat macam mana kan,
benda ni da jadi.
nampaknye lelaki ni benar-benar da jauh dari pegangan agama.
haraplah suatu hari nanti dia akan bertaubat.
dan kembali kejalan yang benar.
itu saja.


sincerely by,
the bloggie

Khamis, 26 Ogos 2010

suka suka suka


araiita hee.

thanks for this.

akak suka sangat.




*click for larger




posted by,
the bloggie
: )

kuih hangus


bagi memenuhi aktiviti selepas periksa,
aku dan kawan baik aku,
ummu hanani,
membuat cadangan untuk membuat kuih raya bersama-sama.
jadi,
kitorang mulakanla dengan kuih yang paling simple,
iaitu,
kuih cornflakes bersalut coklat,


nak dijadikan cerita,
aku dengan ummu pun janjila nak buat kuih tu
pukul 3.30 dekat rumah aku,
da tiba masa yang dijanjikan,
kitorang pun mula lah buat,
mula-mula sekali,
aku cairkan coklat,
ummu pulak ramas corflakes jadi kepingan yang lebih kecil.
sementara tunggu coklat tu cair sepenuhnya,
aku dengan ummu pun borak-boraklah,
sambil susun cup untuk kuih tu atas dulang.
sedar tak sedar,
coklat tu pun hangusla.
tapi takdelah teruk sangat,
jadi,
kitorang pun sambungla buat kuih,
tapi dalam hati masing-masing kata,
'mesti tak sedap nanti'
kitorang pun putuskan nak rasa lepas buka puasa nanti,


lepas buka puasa,
aku suruh lah adik aku rasa kuih tu,
dia pun rasala,


expression 1 : macam oke je,
expression 2 : suddenly dia kerutkan dahi
expression 3 : then, dia cakap 'pahitnya!'


adehh,
aku pun gelaklah.
masa tu agak dah mesti pahit,
mana taknya,
bau coklat tu pun dah lain macam lepas cairkan tu,
aku pun text lah ummu,
'mumu, pahitla!. hahaha. : D'
tapi dia tak balas.


 the next morning,
masa aku sampai kelas,
aku nampak dia lepak kat hujung koridor,
bila dia nampak je aku,
terus dia senyum,
bila aku sampai je kat dia,
dia gelak lepastu cakap,
'pahit kot qila.'
aku pun gelak la jugak,
lepastu kan,
disebabkan kuih tu agak pahit,
kitorang pun cadangla nak bagi semua kuih tu kat aisyah,
motifnya,
padan muka dia bila rasa kuih tu pahit.
hahahhaha.
bodo-bodo je kitorang.


inilah gambar kuih hangus tu.





 
moral of the story : janganla berborak sampai hangus
                             coklat dekat dapur,
                             hahaha, bodo je kann?



tapi tak kisahla,
sebab best sangat,
dulu pun aku ingat lagi,
ummu yang ajar aku masak nasi goreng,
masa tu aku form 2 kot,
hahaha,
best kot,
sayang kau ummu!


* mumu, lain kali kita buat lagi eh,
   masa tu dijamin tak hangus. :)


honestly by,
the bloggie.

Rabu, 25 Ogos 2010

wanna see this!


takers




A notorious group of criminals continue to baffle police by pulling off perfectly executed bank robberies. They are in and out like clockwork, leaving no evidence behind and laying low in between heists. But when they attempt to pull off one last job with more money at stake than ever before, the crew may find their plans interrupted by a hardened detective who is hell-bent on solving the case.


by,
the bloggie.
: )


Isnin, 23 Ogos 2010

the bestfriends ever




gossip girls group (3g)


what is the word for friend in all the different languages?


spanish  - amigo

italian    - amico

polish    - przyjaciel

french   - ami

norwegian  - venn

danish  - veninde

turkish  - arkadas

portuguese  - amigo

german  - freund

dutch  - vriend

scottish  - caraid

tagalog  - kaibígan

swahili  - rafiki

zulu  - umngane

hindi  - mitr

urdu  - dost

thai  - peua
 
chinese  - pengyou

estonian  - sober

german  - freund

georgian  - megobari

hungarian  - barát

irish  - cara

japanese  - tomodachi

korean  - jingu

manx  - carrey

old english  - freond, wine



kawan boleh kita dapati dalam pelbagai bahasa,
tapi maksudnya tetap sama  :)

Sabtu, 21 Ogos 2010

terkunci lagi

*cerita 06 august 2010
baru teringat nak post pasal ni. :)


benda ni dah banyak kali jadi kat aku,
sampai aku dah fed up.


cerita dia macam ni,
mama dengan abah aku kerja,
dan adik beradik semua sekolah,
dan bila balik sekolah,
diorang akan stay dekat rumah ibu. *penjaga
aku pulak selalunya akan terus balik rumah lepas sekolah.
dengan athirah. *adik


jadi abah ada bagi aku kunci rumah.
dia pesan.

abah : kak long, kunci ni jaga elok-elok, jangan bagi hilang.
          kalau terlupa nak bawak, abah ada tinggalkan
          kunci spare dekat rumah ibu.

bloggie : oke.


nak dijadikan cerita.
ada satu hari nih aku tertinggal kunci rumah.
*padahal da banyak kali dah.
sebabnya pagi tu kelam kabut,
sebab semua bangun lambat.
lepas balik sekolah,
macam biasa aku akan pergi ambil athirah kat sekolah dia.
dalam hati ' takpe kut, mesti abah ada tinggalkan kunci kat rumah ibu'
jadi,
bila sampai je dekat TJU,
aku pun pergila singgah rumah ibu nak ambil kunci.
then bila da sampai, da bagi salam sume,
ibu pun keluarla.
aku pun minta lah kunci tu.
dan ibu pun cakap.


ibu : takdela qila, abah kau lupa nak tinggalkan pagi tadi.


bila aku dengar je ayat keramat tu.
rasa macan nak hantuk kepala kat batu je.
masa tu dalam kepala aku punyala fikir macam-macam.

perkara 1 : mana nak duduk ni?
perkara 2 : takkan nak tumpang rumah ibu kot. eh, tak nak la, banyak
                 budak-budak.
perkara 3 : lepak kat buaian kat halaman rumah la,
                *tengok jam
                  tapi baru pukul 2.30 petang.
                 lama kot, tak bestla.
perkara 4 : jalan-jalan lah, pergi warta ke, tak pun pergi
                  sri gombak.


fikir punya fikir,
aku pun ajak la thira pergi jalan-jalan.
mula-mula dia tak nak,
tiba-tiba je,
dua-dua senyap sambil pegang perut.*brrpp
adehh, lapar gila.
akhirnya thira pun setujula.


kitorang pun pegila jelajah sekitar warta,
then singgah KFC, beli makanan thira.
lepastu kitorang sambung balik jelajah,
pergi sri gombak pulak.
dah penat jalan-jalan,
kitorang pun berhenti makan dekat Mcd.
kitorang lepak la kat situ,
borak-borak.
*best!
sampaila pukul 6.15 petang.
then, kitorang pun membelahkan diri balik TJU.
sampai je kat depan rumah,
tengok jam, baru pukul 6.30

athirah : baru pukul 6.30 petang, kita nak buat apa sekarang?
            mama dengan abah balik pukul 7.00 petang.


bloggie : kita baca komik lah.
             tak pun pergi jalan-jalan sambil tangkap gambar.
             tahu tak kat JU9 tu banyak pokok bunga yang lawa.


athirah : eh, yeke? okelah.
            jom.


then kitorang pun pergila berjalan kaki ke JU9.
memang indah rupa dari khabar.
tempat tu memang lawa.
dah la sejuk je kat situ,
sebab banyak pokok-pokok.
kitoran pun tangkapla gambar banyak-banyak.
gelak-gelak.
kena gigit nyamuk.
terjatuh,

best rupanya keluar dengan budak gemuk tu.
oke.
itu saja.
:)


*kat bawah ni antara memori yang sempat ditangkap


KFC






Mcd















JU9


 


























memories goes here.
:)