Selasa, 25 Mei 2010

mane pulakk dia pegi nih?

semalam ak pegi carefour. mama nak beli susu untuk si botak. sepupu ak ' rayyan hamza'. pastu nak belikan sekali hadiah hari jadi zara. fuhh. banyak betul songeh budak rambut kerinting tuh.
'adik nak baju tuh.'
'adik nak payung kuning nih.'
'adik nak kasut tu, mama.'
'adik nak seluar ni.'
'adik nak panties ni. comel kan?'
macam-macam dia minta. ape dia ingat abah cop duit. -_-'. tapi abah punyela baik. belikan je dia baju, kasut dengan payung yang dia mintak tuh. huh. dasar anak bongsu. manja. (dengki sebenarnye). agak lama la ak duduk kat tempat baju tuh. budak tu punya pasal la. haish. agak setengah jam lepas tuh. ak pun lepak ah kat luar dengan thira. tengah sedap duk sambil makan waffle. ternampak lak mamat hensem pakai baju hitam. haha. ape lagi. cuci matala. kejap je kot dapat usha mamat tuh. tiba-tiba je dia blah. huh. tapi mamat yang pakai baju putih (maybe adik laki yang baju hitam tuh) tu pulak yang menyemak kat situ. nasib hensem gak. haha. thira pulak tersangkut kat dia. nampak tak lelaki kat sebelah ak kat gambar bawah nih. tu la dia laki yang pakai baju putih yang thira berkenan tuh. hahah. siap tangkap gambar lagi tuh. gile punye adik ak.


bukan nak promote muka. just nak tunjuk je bukti adek ak da berubah. dulu.. mane ada nak usha mamat-mamat hensem. sekarang nih bukan main. pantang nampak. terus tunjuk kat ak. aku pun, ape lagi.. joinla sekaki mencuci mata. haha. biasala. remaja perempuan sekarang. korang pun same kann?

Isnin, 24 Mei 2010

Selamat Hari jadi Zara!



adek kak long tersayang. selamat hari jadi. ta penah kak long terfikir yang kak long akan ada adek lagi dalam hidup kak long. tapi da takdir. Nurul Az-Zahra lahir jugak pada 22 june 2006.  adek comel. adek nakal. adek suka usik kak long. huh. adek suka buat abah marah kak long. grrr.. haha. tak kesahlah. kak long tetap sayang adek. so.. selamat hari jadi yang ke-empat tahun. da besar adek kak long.


adek-adek ak tersayang yang terkadang menyakitkan hati.

Rabu, 19 Mei 2010

cekgu. jangan pergi.

hari nih ada jamuan perpisahan guru praktikal. buat kat taman tasik sri gombak.
aku mengaku.
mula-mula memang ta best.
maybe ta kenal cekgu sangat.
tapi bile da lama-lama.
cekgu. saya da tersayang cekgu.
cekgu.
janganlah pegi.


sedih sangat tadi.
na nangis. tapi tahan.
aku takut bile nangis nanti.
ta boleh nak tahan.


cekgu.
cekgu baik sangat.
walaupun kitorang nih degil.
suka borak-borak.
ta nak dengar cakap cekgu.
latihan tak buat.
peka selalu ada masalah.
tapi cekgu ta marah pun.


ok. aku tipu.
cekgu ada marah. tapi kejap je.
lepas tuh cikgu senyum balek. :)
haa.
sedihlah.
lepas ni da tade muka cekgu yang comel tu lagi.
tapi ape boleh buat.
masa cekgu da habis.
ape pun.
saye sayang cikgu.
cikgu jangan lupakan saya.
jangan lupakan 4 science 2.
harap cekgu dapat jadi cekgu yang baek.
insyaallah.
akhir kata.
terima kasih atas segala ajaran cikgu selama nih.




to AZRA HAWA. FIZAH. NAJWA FARHANA.IZZAH.

terima kasih.
dan.
selamat hari guru!




tinggal kenangan

.sayang cekgu.

Rabu, 12 Mei 2010

tidakk!

haish'
sakit tekak.
da 2 hari sakit camni.
tersangat sakit.
strepsil da telan dua paket..
ta elok jugak.
haa.
ak rindu.
rindu tikah.
rindu faiza.
rindu iqbal.
ak nak 2009 balik.
korang.
aku na korang ada kat sebelah aku slalu.
ak nak lepak ngan korang.
aku nak gosip ngan korang. 
haha.




damn it.
homework banyak skarang nih.
esei bulanan.
rumusan.
summary.
folio sivik.
mid year exam.


tidakkkkk!

Selasa, 11 Mei 2010

ak sayang kaw.

ak sayang kaw b.
kau perasan ta?
kau selalu lepak rumah ak skarang nih.
kite berdue je.
tikah sibuk ngan sofbol.
faeza pulak macam.. da ta rapat kan?
surika jangan cakap lah. lagi la.
haha.
kite rapat kan?
tadi kaw kata na buat report fizik.
tapi. ta jadi. haha.
apa je yang kite buat bile da tinggal berdua dalam rumah nih.
lepak.
borak.
gelak.
satu keje pun ta jadi.
orang kata kau sombong. suka jeling orang.
ta. kau ta camtu pon.
kaw baek sgt.
yeah.
kau memang selalu mencarut. kutuk aku.
tapi ak tau.
kaw sayang ak kan.
ak suke biler kau kongsi masalah kaw.
ak suka dengar kau gelak.
ak suka tengok kau senyum.
kaw lawa. kaw comel.
boleh ta kita kawan sampai bile-bile?
lagi satu.
ak sorang je yang penah tengok kaw nangis.
pelik kan?
kaw lain bile depan ak.
kaw.
jadi tersangat lain.
kaw jadi diri kaw.
aku na jadi kawan kau sampai bile-bile.
aunty sara!
saya nak pinjam nabila untuk seumur hidup boleh ta?
na buat teman hidup.
boleh kan?
:)

Isnin, 10 Mei 2010

Selamat Hari Ibu

korang semua da sedia maklum yang semalam hari ibu.
so.. apa yang korang bagi kat ibu korang?
aku... ta bagi pape pon. haha. terok kan aku?

bukannye ape. aku ta tau na bagi ape.
kalau time bebudak dulu boleh lah bagi pen ke, frame ke, bunga ke tak pun buku nota. haha.
nama pon bebudak. ta matang.
tapi skarang ni kan da boleh fikir.
mama ada segalanya sampai aku ta tau nak bagi ape. huh. sorry ma.
lagi satu, bile tanya ma nak ape. mama akan jawab 'belajar rajen-rajen, dapatkan 10A1 dalam SPM  nanti. tu da boleh buat mama gembira.' itulah ayat yang aku dengar dari dulu.

mama.. kak long ni degil kan?
bile mama suruh buat keje, kak long mesti lambat na buat. maaf.
bile mama marah, kak long lawan balik. maaf.
bile mama suruh blajar. kak long ta buat, kak long dengar lagu. maaf lagi.

mama baik sangat. kak long bertuah sangat dilahirkan mama. bile kak long ta sehat. mama akan tanya kak long da makan ubat belum. mama akan carikan ubat untuk kak long.
bile kak long minta mama belikan something. mama mesti cakap 'minta je keje kak long, mama ta nak beli'. kak long senyum je sebab kak long tahu mama akan belikan jugak. mama ta penah kedekut.
kadang-kadang bile kak long tengah tido waktu malam. mama masuk bilik kak long. mama usap kepala kak long. mama baca satu surah.
mama cakap jadilah anak yang baik. mama mungkin ta tau. kak long ta tido lagi waktu tuh. mengalir air mata kak long ma. Allah je tahu betapa sayangnye kak long kat mama.

kak long suka bile mama cakap 'belajar rajin-rajin, bawa motor elok-elok' bila tiap kali kak long cium pipi mama setiap kali sebelum pegi sekolah. kak long suka bau mama. wangi.

bagi kak long setiap hari, hari ibu. sebab kak long perlukan seorang ibu setiap hari.
bukan pada hari ibu je.
mama.. kak long sayang mama. maaflah sebab ta selalu cakap depan mama. malu. :) hehe.




Selamat Hari Ibu, Mama!


Jumaat, 7 Mei 2010

Sehati Seotak Sejiwa


aku memang terpaksa mengaku yang aku mula sukakan kelas aku sekarang.
4 SCIENCE 2.
tak tahu kenapa.
bila aku moody pagi-pagi.
kejap je diorang buat aku senyum balik.
magik kan?


tapi aku masih rindukan kelas yang lama.
1AA, 2AA, 3A.
tak boleh nak lupa walaupun sekejap.
guys, im miss you.


mari sini aku kenalkan putera puteri 4SC2.



 

 

 




happening saja.
kita sama kann??


sehati seotak sejiwa!

*kesian korang kan?
cikgu #$%&^ denda korang ketuk ketampi 100 kali.
sambil junjung kerusi pulak tuh,
takpe,
kita akan buktikan kita jauh lebih baik.
lebih baik dari 4science1 dan 4kemanusiaan.

Isnin, 3 Mei 2010

heartbreak



tak taulah kenapa.
tapi aku tengok sekarang ni.
banyak puppy love tengah gaduh.
guys,
musim ke?





boleh dikatakan,
kalau minta doktor scan hati bebudak tuh,
mesti nampak macam ni,
kann?
hahaha.
*merepek je kau aqila.

 
to david, rock, mashimaro, and lolita.



'WHEN YOUR HEART BREAK,
YOU'VE GOT TO FIGHT,
Like hell to make sure
you're still alive.
BECAUSE YOU ARE. AND THAT
PAIN YOU FEEL.
thats life.
The confusion and fear is
there to remind you
that somewhere out there
is something better
WORTH FIGHTING FOR.'


sincerely by,
the bloggie.

Sabtu, 1 Mei 2010

hangout 01052010


seperti biasa,
setiap bulan mesti aku akan sampai kat sini,
the mines.
dan palace of the golden horses.
abah akan pergi gimnasium.
aku dengan adik aku pulak lepak kat kolam.
jadi bagi mengisi kebosanan.
aku pun tangkapla gambar macam biasa.







 nurul aqila ahamad kamal,
like usually,
 as the bloggie,
as the photographer.

thats all.
:)