Jumaat, 23 Julai 2010

bedah bedah katak!

da lama ak tunggu saat nih.
sejak kecil lagi.
akhinya tercapai jugak.

tepat pukul 10.10 pagi.
impian ak telah pun tercapai.
iaitu untuk bedah katak.
waa..
memang tersangat tak sabar.
setelah pelbagai dugaan dalam mencari katak berjaya ditempuhi,
lebih tepat lagi,
bile dapat jumpa katak dekat kedai cina tepi kedai makan cina SIN KEE kat sri gombak.


ak dan kumpulan ak pun melangkah masuk dengan dada yang berdebar
ke dalam makmal biology.
sir sukri, seperi biasa menunggu kitorang yang berjalan macam
perempuan melayu terakhir (lambat) dengan riak wajah yang biasa.
(eceh.. ayat ta boleh blah)
ak dan ahli kumpulan ak iaitu SURIKA, ANATI, SAIDATUL, EIFA,dan NABILA
pun letaklah segala barang keperluan dekat atas meja,
then kitorang pun tengokla video pembedahan katak sementara
tunggu katak yang nak dibedah tu pengsan dalam bekas berisi chlorofom.

lepas tu,
kitorang pun baringkan dia atas papan yang disediakan oleh pembantu makmal.
mula-mula kena potong lapisan luar katak (kulit) dulu.
dimulakan oleh surika, sebabnya yang lain sume geli dan takut.
dan ak sibuk menjadi photographer, seperti biasa. : )
seterusnya, kitorang potong lapisan kedua.
lepas potong tu. nampakla segala organ-organ katak tu.
boleh nampak jantung tu berdenyut.
paru-paru mengembang.
haa.. best kot.
nampak real je.
masing-masing diberi peluang untuk memegang organ dan mengeluarkannya.
ak terpilih untuk keluarkan organ terpenting,
iaitu jantung dan paru-paru.
boleh rasa jantung tuh berdenyut kat jari ak yang comel nih tau. haa..!
walaupun bau dia agak hanyir.
tapi masing-masing da lupa sebab teruja nak keluarkan semua organ-organ dia.
tapi semua tak habis-habis minta maaf kat katak tuh. hahaha. : )
da habis semua organ dia kitorang keluarkan,
masing-masing posing dengan katak tercinta,
yela, bila lagilah dapat bedah katak macam nih.
bak kata orang sekeliling ak,
sekali seumur hidup je qila oii.
hahaha.

kat bawah ni antara gambar-gambar sekali seumur hidup tuh. : )

sebelum pembedahan. : p

waa.. geli kot!

eh! tu jantung dia kan? kata anati.

pakar pembedahan sedang bertungkus lumus menyelamatkan katak tesebut. hahaha. : )

i've kill him.

kumpulan semangat katak! : )

kitorang baru je lepas bunuh dia. : )

saya da tak geli dengan katak! : )

khalisa, suhaira, nadia.
mereka kumpulan lain.

the guys in our biology's class.


sebenarnye banyak lagi gambar.
tapi kalau nak upload,
sampai besok pun ta habis. (ye ye je)
haa.
impian ak da tercapai.
best, best, bestnya!

itu saja.
bye bye!
: )